Hang Tuah Center

PERKAMPUNGAN HANG TUAH


Cuti kali ini kami berkesempatan untuk berkunjung ke sebuah tarikan pelancongan yang boleh dikatakan jarang-jarang di kunjungi pelancong di Malaysia. Jadi, nak cerita skit yang kami telah berkunjung ke Hang Tuah Center atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai Perkampungan Hang Tuah. Tempat ni tak telalu jauh dari Kota Melaka dekat area Duyong. Boleh dikatakan sini adalah produk pelancongan antara terbaru di Melaka tapi nak kata baru sangat pun tak boleh juga sebab dah beroperasi lebih kurang dua tahun sudah..huhu

Tiket

So kena bayar ke nak gi sini? haha. Bayaran yang di kenakan adalah Rm3.00 sebab kite orang pakai kad pelajar. Dapat lah diskaun..hehe wink wink... Bagi aku oklah tu Rm 3.00 dengan segala kemudahan yang pihak Perzim telah sediakan dengan kawasan yang agak luas. Untuk harga dewasa plak rm5.00 sahaje.. bebudak rm3.00. Waktu operasi Hang Tuah Center ni adalah antara jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.


 Macam gambar kat atas ni, ni pintu gerbang sebelom korang akan masuk ke kawasan pameran die... Sebelah kiri akan ada kaunter tiket.


 Tiket yang dikenakan untuk harga pelajar. Hanya tunjuk kad pelajar je.. so jangan lupa bawak yee...hehe


 Dekat depan dewan pameran tu jugak korang rasenye wajib kut bergambar kat 5 statue ni..huhu, yang tengah-tengah dan paling besar of course la Laksamana Hang Tuah.

 Trio of the day

 Depan pintu masuk, sebelum korang nak masuk kene la bukak kasut atau selipar dahulu.. ala-ala rumah lama gitew



 So akan ada dua guard istana di sebelah  pintu ni..huhu muke dieorg scary.. :p


 Apabila dah masuk tu, nasib laa dalam ni berpenghawa dingin sejuk skit daripada cuaca panas kat luar tu. Selese gile weh... Bila korang masuk je pintu tu, korang boleh mula dari kiri dengan tengok tayangan pasal kisah Hang Tuah, sape Hang Tuah ni..haa so tayangan ni selama 8 minit boleh laa nak santai-santai. Hang tuah ni di katakan telah berkihmat sebagai Laksamana di Negeri Melaka dengan sangat cemerlang selama 55 tahun... fuhh lame beb. 

Hang Tuah juga telah sampai ke kerajaan Uttmaniah di Turki untuk menjalinkan hubungan antara kerajaan dan sebagai hadiah kerajaan Uttman, kerajaan Melaka telah di hadiah kan sebuah kapal yang lengkap berisi dengan meriam untuk kegunaan negeri Melaka...haa tak tahu kan? Sebelum balik tu, Hang Tuah sempat singgah ke Mekkah untuk menunaikan ibadah Haji. Jadi Haji Hang Tuah la kan? hehehe


 Dalam ni jugak banyak zon-zon interaktif yang korang boleh layan. Canggih la jugak....kui kui kui


 Antara barang pameran dalam tu.



 Ada barcode qr jugak dalam ni so korang boleh berinteraktif secara digital. Mase tu aku nak cuba tapi internet tak kuat plak..huhu



 Haaa.. lagi menarik kat dalam ni, korang boleh cuba untuk pakai pakaian silat yang seakan-akan baju sushi king..hahahah free beb. Size pun pelbagai so korang bole la cuba-cuba.


 Abaikan admin yang cah-acah tu..kui kui kui


 Keris pun banyak dalam ni, banyak bentuk pelik pelik dan nama yang tak pernah korang tengok dan dengar terdapat kat tempat ni. So kalau ada antara korang yang berminat untuk pelajari mengenai senjata ini, boleh sangat laa datang sini. Replika taming sari pun ade wehh.



Video Trip Kami

Kekurangan

Tapi biasa lahh.. ada bende ok ade bende yang rosak sikit, so tak boleh nak digunakan atas masalah teknikal seperti cacatan di atas. 

Konklusi

Jadi, konklusi yang boleh aku berikan kat tempat ni ialah, korang yang dah selalu datang Melaka dan ashik pergi tempat sama.. ape kate try pergi tempat ni pulak. Bagi aku tak rugi pun dan tempat die agak besar dan berpatutan. banyak yang korang dapat pelajari mengenai sejarah asal usul da kehebatan bagsa Melayu itu sendiri. Kalau bukan kita untuk mempelajari dan membanggakan sejarah keturunan kita, siape lagi?? Berlajarlah dan terokailah sejarah kehebatan Bangsa Melayu, Melayu dahulu bukan selemah yang kta sangkakan pada masa kini.. Bangsa Melayu dan tamadun Melayu ketika dahulu sangat mengaggumkan  dan sangat hebat!! Tak percaya carilah sendiri dan banyakkan membaca. Sekian...

Ulasan

  1. Waaaa...mcm best je...Video korang Gempak laaa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    Mcm mne nk dptkan contact number untum buat lawatan le perkampungan hang tuah nj ye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular